~CINTA KITA~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~RAIHAN HANNANI~

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

~RAISHA HASNA~

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, July 05, 2010

.::Nasi Ayam Syghney Maberles::.


Alang2 weekend lepas x ke mana2, kenduri kawin pun xde, so kami asben n wife dok umah je la. Settle kan keje2 umah ape yg patut. Sgt suke dan sgt hepi kalo dok umah di ujung minggu seandainya ada suami disisi. Sungguh indah..;)  Menu weekend kali ni adalah nasi ayam. Disebabkan ini first tym i buat nasi ayam, so nasi ayam ni diberi nama "Nasi Ayam Syghney Maberles", hehe..suka suki je kan.

Kepada sesape yg nk try, i nak berkongsi resepi nasi ayam ni ihsan dr mesra.net recipes. Boleh cuba yer..

Bahan utk nasi:-
 3 pot beras @ mengikut sukatan sendiri (i buat 6 pot ari tu sbb nak jamu my family)
1 btg serai (diketuk)
1 helai daun pandan (disimpul)
2 kuntum bunga lawang
4 biji bunga cengkih
1 btg kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
1 senduk majerin utk menumis
2 ulas bawang putih di tumbuk bersama halia sebesar ibu jri dewasa

Bahan utk Sos Cili:-
4 biji cili mereh (i pkai 15 biji)
2 ulas bawang putih (ditumbuk sikit)
1 senduk bulat air rebusan
secubit garam dan gula
sos cili (saja tambah)

Bahan utk Sos Kicap:-
1 senduk bulat air rebusan
1 sudu kecil minyak bijan (x letak pun)
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin

Bahan utk Sup & Ayam:-
1 ekor ayam (dipotong 4 bahagian)
2 kiub pati ayam
Air mengikut separuh saiz periuk anda

Bahan A:-
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari dewasa
(dikisar kesemuanya)

Bahan B:-
3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar minyak bijan
( dicampurkan kesemuanya)

Cara membuat Sup & Ayam:-
1. Tumis bahan A sehingga naik baunya. kemudian masukkan air mengikut separuh saiz periuk anda.
2. Masukkan kiub pati ayam apabila hampir mendidih masukkan ayam dan rebuslah selama 1/2 jam. (my mom ckp kalo xnak ayam keras, rebus sekejap jer.)
3.Selepas itu angkat dan toskan ayam. Air selebihnya jgn di buang. Gaulkan bahan B pada ayam tadi gaul sehingga sebati dan perapkan selama 2 jam. Kemudian goreng dengan api yg perlahan supaya tidak hangus.
4. Lebihan air resbusan tadi di buat sup. Tambahkan sedikit air. Masukkan serbuk perasa dan sedikit garam. Masaklah sehingga masak. Kalau suka semasa menghidangkannya taburkan bawang goreng dan daun bawang.

Cara membuat Nasi:-
1. Basuh beras dan toskan, Kemudian masukkan beras ke dalam periuk biasa atau periuk elektrik. Masukkan juga daun pandan dan serai. Biarkan seketika.
2. Panaskan kuali masukkan mentega. Apabila mentega cair masukkan bahan yg di tumbuk tadi, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis sehingga naik baunya.
3. Padamkan api masukkan kedalam periuk elektrik dan air rebusan mengikut sukatan beras anda. Masaklah nasi seperti biasa.

Cara membuat Sos Cili:-
Kisar cili merah dan bawang putih bersama garam, gula, dan air rebusan. Sedia dihidang.

Cara membuat Sos Kicap:-
Campurkan kesemuanya dan kacau sehingga rata. Kemudian sedia dihidang.

Untuk hiasan:-
Tomato dihiris
Timun dihiris
Daun salad

Tp tak semua resipi ni diikut, ayam dgn sos cili tu i buat style sendiri. Kalo nak try my resipi ni pun blh jgak. Sedap sampai my hubby puji..

:::Gaul ayam dgn garam sedikit. Halia ditumbuk bersama bawang putih. Agak2 jer kuantiti dia ikut bape ekor ayam yg anda nak buat. Like me, i tumbuk 7 ulas bawang putih dgn halia sebesar 1 1/2 inci. Perapkan dgn ayam selepas ayam diangkat dr periuk sup sampai tym menggoreng. Tambahkan sos tiram. I goreng ayam last sekali. Sbb nak perap ayam tu kan. Sementara tu potong la tomato, timun, bersihkan salad, buat sos cili dan kicap. Semasa nak menggoreng, boleh tambah sos tiram lagi kalo rasa xcukup.
Utk sos cili plk, blend 15 biji cili merah (ikut kuantiti hidangan). 2 ulas bawang putih ditumbuk sikit. Jgn tumbuk sampai lumat k.. Pastu masak la cili yg dah diblend td, masukkan gula, garam dan sos cili sikit:::

Ni lah ghupanyer...


Kicap dgn sup xde dlm gambar..sbb masa ni kicap blm dibuat
lagi dan sup pula masih di atas dapur.

Rasa seronok sgt tgk my family mkn sampai kenyang. I told my hubby, nx tym nak ajak lagi family mkn kat sini. Nx tym resipi lain la pulak yer..akan dipkirkan..hehe. Selamat mencuba~





No comments: