~CINTA KITA~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~RAIHAN HANNANI~

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

~RAISHA HASNA~

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, July 31, 2012

.::Check up Si Baby tecik::.



Muka bayi anda lebih mirip rupa manusia, walaupun panjangnya dari mercu kepala ke punggung hanya sekitar 2 inci / 5.5 sentimeter dan beratnya kurang sedikit dari setengah auns / 14 gram. Matanya, yang pada mulanya muncul di sisi kepala, telah berganjak dan lebih rapat. Telinga hampir sampai ke posisi normal di sisi kepala. Hati mengeluarkan hempedu dan ginjal mengalirkan kencing ke dalam pundi kencing. 
Jika abdomen anda ditusuk-tusuk, fetus akan bergeliang-geliut, walaupun anda tidak akan terasa pergerakan ini. Sel-sel saraf fetus sedang giat membiak dan sinaps-sinaps (penghubung saraf dalam otak anda) sedang terbina. Fetus telah memperolehi lebih banyak refleks: jari tutup jika tapak tangan disentuh, jari kaki bergulung ke bawah jika tapak kaki disentuh dan jika disentuh kelopak mata, otot mata akan menggenggam. 



Alhamdulillah...today my pregnancy already 12 weeks. Last Saturday me and hubby gi buat antenatal checkup dgn Dr Hasmah kat Poliklinik Permata. First time checkup dgn dia mmg selesa. Sblm ni kami selalu ke Naluri jumpe Dr K. Bkn x bagus Dr K tu tapi patient dia terlalu la ramai sampai kene menunggu berjam2. 

Masa Dr Hasmah buat scan tu, kami nampak dah kepala dan kaki baby. kiut sgt... baby asik kayuh kaki dia, then dia lompat2. Rimas agaknye doc tekan scanner tu kat dia. hehe..sampaikan doc pun melatah. Alhamdulillah baby sihat, cuma doc kata uri mcm ke bwh skit tp not too worry sbb doc said it's normal. kalo dah 7 bln uri x naik, tu baru problem. Semoga bila baby da besar nanti uri akan naik ke atas, amin... Mudah2an Allah makbulkan doa ummi nak lahirkan baby secara normal dgn mudah, tanpa sebarang komplikasi dan penyakit, aminn....


Alhamdulillah..tersenyum sampai telinga ummi tgk baby aktif bergerak dlm rahim ummi. Semoga sihat2 ye syg..we luv u and kakak Raihan so much!!




Tuesday, July 24, 2012

.::Ramadhan Kareem::.


Salam Ramadhan semua..

Selamat berpuasa dan semoga segala ibadah yg dilakukan diberkati Allah SWT. Macammana puasa anda tahun ini..? Saya seperti biasa cume perlu mengulangi pengalaman berpuasa bersama insan tecik dlm perut ni =)  Tahun ni sekali lagi tidak berkesempatan menunaikan sunat tarawih di masjid bersama hubby. Tp x apalah..hubby kata boleh solat sendiri di rumah dan pahala menjaga anak sama juga dengan mengerjakan solat jemaah di masjid. Alhamdulillah....

Hari ini hari ke-4 puasa. Alhamdulillah setakat ini, masih mampu bertahan. Mudah2an diberi kekuatan untuk berpuasa penuh di bulan yg mulia ini, insyaAllah... Raihan pun dah semakin notti. Kdg2 selalu nangis bila terjaga mlm2. Naib baik ada hubby. kalo x @ dia g outstation, xtau la mcmmana. Harapnya dia xyah kene g offshore lagi la lepas ni. Morning sickness pun masih ada sisa2 lagi. Ntah bila la nak berlalu. Cepat la pergi.. Tak sanggup dah menahan rasa nak muntah. Hari ni dah mula rasa lenguh2 kaki. Kurang kalsium ke?.. Tapi mmg sejak kebelakangan ni x minum susu. Cume mkn pil kalsium dr klinik jer. Mungkin sbb tu kot..nak2 lak di bulan puasa ni.. Sahur esok nak cuba minum susu la..kalau lah lalu..... Semoga dipermudahkan, Amin...










Tuesday, July 10, 2012

.::Aduhh..sakit kepalaku::.




Lately diserang morning sickness. Ingatkan pregnancy kali ni x kene morning sickness. Harap jgn la berlarutan sampai bulan posa, sbbnya i da berangan nak posa penuh.hihi...
Baby..baby..jom kita posa sama eh..bg ummi posa penuh eh..

Today mcm kurang skit sakit kepala, tapi mual2 still ada. Kdg2 mcm dah nak termuntah, tp tahan jgk. Sbb x suke!!!... Xnak muntah!!!.. Cian bb tecik ni..penat2 ummi mamam utk dia nanti x dpt semua khasiat tu kalo kuar blk.. Haritu ade google psl tips nak kurangkan mual2 dan pening ketika hamil. Tips2 lain mcm dah biase dengar & x best. Yg satu ni je terlintas nak try. Ianya juga advise dr doktor jgk.



Amik 100 plus (kalo i, i prefer yg botol), campur dengan air masak dlm nisbah 100 plus dgn air masak tu 30/70 or 20/80 untuk buang gas dia, then minum. Kalo x pun, bukak penutup dia, simpan semalaman dlm fridge pastu minum. Hari tu try buat eksperimen, mmg berjaya. bkn xde langsung gas la, tp mmg kurang sampai x rasa sgt. Agaknya sbb tu la hari ni dah kurang skit. So, pasni nak try lagi la. Bagus gak petua ni,hihi...