~CINTA KITA~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~RAIHAN HANNANI~

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

~RAISHA HASNA~

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday, April 23, 2011

.::Delivery of Raihan Hannani::.

Lama x update blog ni.. Sy masih berpantang lagi. Busy dengan baby. X sangka skrg da jd ummi kepada buah hati kami. Indah rasanya pengalaman mengandungkan baby ni. Rindu plk nak rasa dia bergerak2 dlm perut. Alhamdulillah baby kami selamat dilahirkan..27/3/2011 (on due).

Mlm tu tinggal sorang kat umah. Hubby gi masjid tgk ceramah Ustaz Azhar. Xtau nak mkn ape sedangkan perut lapar. Alih2 order pizza. Makan la dlm 4 slices. Ade jgk terasa mild contraction tp xkerap. Dlm kul 11 lebih hubby blk, borak2 pastu terus tido. Pg tu, dlm kul 4, terasa panties basah. Ingatkan air ketuban, tp bila check, ade bleeding skit. Terus kejut hubby, mandi2 & siap2 terus gi hospital.

Sampai sana, buat ctg examination. Kene tunggu dlm 30min. Abis ctg tunggu doc plk.. Lama tul doc nak sampai. Doc kate baru 1cm then dia bukak jln jd 2cm. Pastu contraction nye Ya Allah..mkin kerap dan sakit. Then we decided blk dulu. Takut i boring dok dlm wad. Kene gak berjalan, bkn leh tido jer. At least kalo blk, blh prepare ape yg patut. Blk tu sempat singgah Petronas solat Subuh, then gi tapau breakfast.

Lepas breakfast rasa mcm da xlarat da. Baring je atas katil. Contraction dr 10 min sekali jd makin pendek masa dia. Da sampai tghari, contraction jd setiap 5min. So, we decided gi hospital sblm ape2 berlaku.

Sampai sana, kene buat ctg lagi. Da la ctg tu kene buat dlm setengah jam. Xduduk diam i atas katil tu sbb contraction da semakin kerap. Bila doc check bawah, da bukak 5cm. terus doc pecahkan ketuban. Kene bawa masuk labour room. Sampai kat labour room, nurse tu bg ubat berak, terus rasa nak berak. Gi la bilik air sorang2. Teruk jgk nurse kat sini. Biarkan patient gi bilik air sorang. Kalo ape2 berlaku x ke bahaya. Sbb doc da pecahkan ketuban. Yg ni mmg i xsetuju tul..

Then masuk blk labour room, Pasang jarum, ctg bagai.. baru dia bg Mr Hubby masuk. Makin lama contraction makin kerap. Teknik bernafas pun kadang2 tah kemana. Nurse ade bg gas utk sedut tp xde membantu sgt. Sampaila kene cucuk punggung. Pas je nurse cucuk punggung, rasa da xtahan sgt nak meneran. Nurse check da bukak 8cm. Nampak la nurse sediakan alat2 tu semua xheran dah. Sbb da sakit sgt. Bila contraction dtg lagi, nurse suh teran. Tp masalah kat sini, i teran xboleh nak abis. Ade la 7-8 kali teran kot baru kepala baby kuar. Pas baby da kuar, rasa bersyukur sgt...Alhamdulillah Ya Allah...

Ni la dia buah hati pengarang jantung kami..RAIHAN HANNANI Bt. MOHD FADZLI HADI. Maksud namanye 'Haruman Syurga Kesayanganku'.

Hai..Sy Raihan Hannani..Selamat berkenalan..!

Raihan selepas lebih kurang 2jam lahir

 Raihan di pangkuan Mak Tok

 Raihan wif Kakak n Faris


Alhamdulillah atas kurniaanNya..
Raihan Hannani binti Mohd Fadzli Hadi
27.03.2011 ~ 22 Rabiulakhir 1432H
1612Hrs via Natural

Semoga Raihan menjadi anak yang solehah ye sayang..Amin.