~CINTA KITA~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~RAIHAN HANNANI~

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

~RAISHA HASNA~

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, December 22, 2010

.::Stem cell/Sel stem::.

Ade sape2 penah denga pasal stem cell/sel stem x? Semalam kami da register & bayar deposit utk simpan cord blood baby dlm cord blood bank. Kos keseluruhan i kurang pasti. Xsilap dlm RM3800 - RM4800. Jom kita layan info mengenai sel stem ni:..

Darah Tali Pusat



Tahukah anda bahawa darah tali pusat boleh menyelamatkan anda, keluarga anda ataupun ramai orang lain? Tahukah anda ianya bernilai puluhan ribu ringgit? Malah untuk mencari darah yang “matching” dengan darah anda boleh mencecah ratusan ribu ringgit?

Apakah darah tali pusat atau biasa disebut sebagai “Stem Cells”?

Darah tali pusat (cord blood) atau disebut “placental blood” adalah darah yang berada di dalam salur tali pusat dan uri yang keluar bersama sama dengan kelahiran bayi apabila tali pusat tersebut dipotong.Darah di dalam tali pusat bayi anda ini adalah sumber “stem cell” yang sangat bernilai yang secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarga anda sahaja.
Apakah “stem cells?

Stem Cells ialah “master cells” kerana dari “sel master” inilah terbentuknya pelbagai tisu, organ dan sistem di dalam keseluruhan sistem tubuh kita. Sel stem mempunyai kemampuan untuk berubah menjadi kebanyakan jenis sel atau tisu dalam badan manusia yang lain. Stem cell yang ada di dalam “tali pusat” ini adalah “building blocks” kepada darah dan sistem pertahanan yang biasanya akan ditukarkan kepada:

Sel Darah Merah
Sel Darah Putih
Platelets (Sel yang akan memulihkan kecederaan)

Sel stem manusia boleh diprogram untuk menjadi sel otot, sel saraf, sel jantung dan sel darah. Oleh itu, ia boleh diguna untuk menjana sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat beberapa penyakit seperti Parkinson, Alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, sklerosis multipel, artritis reumatoid dan lumpuh saraf tunjang. Terdapat dua punca utama untuk sel stem:

Sel Stem Dewasa

Ia boleh diperoleh daripada janin yang gugur, darah tali pusat, sumsum tulang, darah dan otak. Sel-sel ini kurang mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dengan sel stem embrionik. Bilangannya agak kurang dan ada kalanya sukar untuk diperoleh (contohnya daripada bahagian otak dan retina mata).

Sel Stem Embrionik

Sel ini diperoleh daripada embrio yang terbentuk akibat persenyawaan luar tubuh (in-vitro fertilisation) ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik). Terdapat suatu perbahasan moral dan etika yang hangat dan berterusan tentang penggunaan embrio untuk penyelidikan.

Darah tali pusat merupakan punca yang agak baik untuk mendapat sel stem hemopoietik. Kira-kira 100ml boleh membina balik sistem hemopoietik dalam pesakit-pesakit yang kecil; biasanya kanak kanak. Kebaikan transplantasi darah tali pusat berbanding dengan transplantasi sumsum tulang atau transplantasi darah periferal termasuk:

  • Si penderma tidak perlu memasuki hospital untuk menjalani prosedur pendermaan. Pergerakan sel stem memerlukan ubat, misalnya cyclophosphamide dan G-CSF (untuk penderma darah periferal) dan ubat bius untuk penderma sumsum tulang.
  • Darah tali pusat mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyebabkan penyakit graft vs host berbanding dengan transplantasi sumsum tulang dan darah tepi.
  • Kutipan darah tali pusat juga disyorkan dalam situasi-situasi yang tertentu, misalnya:
  • Seorang anak yang menghidap leukemia, supaya adanya bekalan sel stem sekiranya penyakitnya berulang dan dia memerlukan transplantasi.
  • Seorang anak yang memerlukan transplantasi sel stem tetapi penderma yang sesuai tidak ditemui.
Soalan Lazim Mengenai Bank Tali Pusat/Cord Blood Bank

Apakah tujuan adanya bank darah tali pusat (cord blood bank)? Adakah kerajaan memberi kemudahan simpanan darah tali pusat?
Kini, tumpuan yang besar diberikan kepada usaha menemui dan memperkembangkan suatu punca tetap sel yang mampu menjana jenis-jenis sel yang pelbagai. Ia juga bertujuan mengelakkan masalah penolakan tisu transplantasi (pemindahan).

Sel-sel tersebut yang dikenali sebagai sel stem mempunyai kemampuan untuk berubah menjadi kebanyakan jenis sel atau tisu dalam badan manusia.

Sel stem manusia boleh diprogram untuk menjadi sel otot, sel saraf, sel jantung dan sel darah. Oleh itu, ia boleh diguna untuk menjana sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat beberapa penyakit seperti Parkinson, Alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, sklerosis multipel, artritis reumatoid dan lumpuh saraf tunjang.

Darah tali pusat merupakan punca yang agak baik untuk mendapat sel stem hemopoietik (HSC). Kira-kira 100ml boleh membina balik sistem hemopoietik dalam pesakit-pesakit yang kecil; biasanya kanak-kanak.

Transplantasi darah tali pusat pertama berjaya dilakukan 16 tahun yang lalu. Sejak itu, lebih daripada 3,000 transplantasi sudah dilakukan di seluruh dunia. Hanya sebilangan kecil transplantasi dilaporkan di kalangan orang dewasa.

Kebaikan transplantasi darah tali pusat berbanding dengan transplantasi sumsum tulang atau transplantasi darah periferal termasuk:

  • Si penderma tidak perlu memasuki hospital untuk menjalani prosedur pendermaan. Pergerakan sel stem memerlukan ubat, misalnya cyclophosphamide dan G-CSF (untuk penderma darah periferal) dan ubat bius untuk penderma sumsum tulang.
  • Darah tali pusat mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyebabkan penyakit graft vs host berbanding dengan transplantasi sumsum tulang dan darah tepi.
Kini, tiada panduan yang rasmi di Malaysia tentang isu kutipan dan penyimpanan darah tali pusat untuk transplantasi pada masa depan.

Pusat Darah Negara sejak beberapa tahun dahulu telah mengutip dan menyimpan darah tali pusat sebagai projek Bank Darah Tali Pusat Nasional yang tidak bertujuan mendapat untung. Doktor-doktor boleh melakukan carian di senarai penderma awam untuk mendapat sampel daripada orang yang bukan saudara pesakit sebagai punca alternatif bagi transplantasi sel stem.

Isu ini bertambah rumit dengan adanya bank darah tali pusat swasta yang membuat tuntutan kesihatan tanpa sokongan fakta perubatan. Akademi Pediatrik Amerika Syarikat memberi amaran bahawa keluarga mudah terpedaya dengan aktiviti “pemasaran emosi” apabila anak mereka baru lahir.

Kemungkinan untuk seorang anak menghidap suatu penyakit yang memerlukan transplantasi darah tali pusat masih belum dikenal pasti. Tiada anggaran tepat untuk kebarangkalian seorang anak memerlukan sel-sel sendiri yang disimpan. Tekaan yang paling hampir untuk keperluan ini adalah 1 dalam setiap 1,000 hingga 1 dalam 200,000 kes. Anggaran ini menunjukkan bahawa keperluannya amat kecil untuk seseorang menggunakan sel-selnya yang disimpan.

Petunjuk saintifik untuk kutipan dan simpanan darah tali pusat amat sedikit dan kecil. Keluarga yang mempunyai penyakit genetik yang boleh dirawat dengan transplantasi sel stem harus mengutip dan menyimpan darah tali pusat setiap anaknya. Kutipan darah tali pusat juga disyorkan dalam situasi-situasi yang tertentu, misalnya:
  • Seorang anak yang menghidap leukemia, supaya adanya bekalan sel stem sekiranya penyakitnya berulang dan dia memerlukan transplantasi.
  • Seorang anak yang memerlukan transplantasi sel stem tetapi penderma yang sesuai tidak ditemui.
Penyimpanan darah tali pusat oleh bank tali pusat swasta berdasarkan premis bahawa sel-sel disimpan untuk digunakan oleh ahli-ahli keluarga dan khususnya untuk anak tersebut sendiri (transplantasi autologus).

Transplantasi autologus menimbulkan masalahnya yang tersendiri kerana sel-sel stem seseorang mungkin tidak dapat mengubati patologi yang menyebabkan penyakit tersebut. Dalam kes leukemia dan penyakit kongenital seperti Talasemia dan Anemia Fanconi, memindahkan sel-sel sendiri dengan gen dan struktur imun yang cacat (dan menjadi punca penyakit tersebut) adalah kurang logik kerana ia akan “memulangkan” penyakit tersebut kepada diri sendiri.

Jumlah darah tali pusat yang dikutip pada waktu lahir, iaitu 80-100ml memadai untuk bayi atau si anak kecil. Bilangan sel stem tidak mencukupi sekiranya si bayi memerlukannya pada masa depan di alam remaja dan dewasa.

Oleh itu, konsep “insurans biologi” yang kerap dipromosikan oleh bank tali pusat swasta tidak tepat dan tidak kukuh. Perkiraan aktuari menunjukkan bahawa kemungkinan sel-sel tersebut akan digunakan sangat rendah. Dan juga, keperluan seseorang untuk ditransplantasi dengan darah tali pusatnya sendiri amat kecil.

Sebaliknya, penyimpanan darah tali pusat awam harus diperluaskan bagi kebaikan orang ramai. Kutipan darah tali pusat yang altrusitik (yang menguntungkan orang ramai) dan pendermaan khusus untuk keluarga berisiko tinggi harus digalakkan. Bank Darah Tali Pusat Nasional telah ditubuhkan untuk mencapai objektif-objektif ini tanpa kos. Di samping menyimpan darah tali pusat untuk penggunaan sendiri, orang lain yang memerlukan darah tali pusat boleh memanfaatkannya melalui transplantasi alogenik (berbeza dari segi genetik).





.::Check up baby tecik kat Klinik AU2 lg::.

Kali ni hubby xdpt ikut sbb terikat dengan kerja.. So, mcm biasa. Bgn pg2 gi klinik ibu & anak AU2 amik no. Dpt no pertama. Then hantar hubby ke office. Then kejar balik ke klinik ibu & anak. Nasib baik opis dekat dgn klinik..

Check up kali ni da xpayah amik darah kat lengan. Nurse tu amik darah kat hujung jari. Tp sakit jgak sekejap. Wat a surprising is, berat naik 4kilo…ish3… Rasa xbyk mkn pun. BP ngan air kencing normal. Alhamdulillah. Then check perut, heartbeat baby, ukuran ketinggian rahim, bengkak and whatsoever. Alhamdulillah semua normal. Pastu bgtau nurse yg kami decided nak deliver kat hukm. So, nurse suh refer kat doc.

Jumpe doc kali ni, doc buat surat rujukan utk i register kat hukm. Mintak gak pendapat doc tentang stem cell. She is very recommended. Pastu tenampak mesin scan & i pun tanye la doc tu. Sy ni xpyh scan ke doc?..Doc pun mcm terkejut yg I xpenah scan dgn dia. So, dia bg appointment suh dtg 6/1/11 ni utk scan.

Kali ni jgak kene inject kali kedua. Pastu ambik appointment utk next check up. Kebetulan ade ceramah mengenai penyusuan susu ibu, I pun amik la kesempatan mendengar kejap. Pas da settle ceramah, bergegas blk opis semula.. Alhamdulillah semuanya ok..

Baby at 26+ weeks



Thursday, December 09, 2010

.::The first time::.



Semalam i teman hubby gi KL central, repair his iphone. Cadang ikut dia tu sbb nak cari tudung kat sana kot2 ade yg sesuai dgn i utk pakai di mlm dinner nanti. Tapi hampa...tak banyak pilihan pun kat sana.

Untuk mengelakkan jam (hujan lebat), kami ke sana naik lrt putra. Setelah sekian lama rasanya x naik putra. Mula2 rasa leceh sbb mesti ramai org nye, dan mesti xdpt tempat duduk. Risau takut x larat berdiri. Mujur masa nak gi train x ramai org..

Masa nak balik, hati da mula risau. Masa tgh menunggu di KL central tu pun da ramai org. Bila train sampai, mmg konpem xde tempat duduk. Kot ade pun 1 or 2 celah jer la..tp semua da dirembat. Hubby siap ckp, " nanti u berdiri la kat tempat duduk org istimewa tu, sure diorg bg duduk. Sekali ade la satu amoi ni. Dia dok pandang2..tibe2 dia bg i duduk.. Wah..first tym rasa dihargai dan dihormati. Chewahh... Thanks to that amoi.. Lega rasa dapat duduk setelah penat berjalan2 di kl central... ;p




.::23 weeks..baby ayahummi::.



Baby ayah & ummi ni da 23 week..Da besar da dia.. Membesar dengan sihat ye baby dalam peyut ummi.. Ummi akan pastikan ummi mkn makanan berkhasiat, kalo tekak ini mengizinkan..huhu.




Saturday, November 20, 2010

.::22 weeks baby::.



You are 22 weeks pregnant. (fetal age 20 weeks)
22 weeks
  • The fetus reacts to loud sounds.
  • Baby starts having a regular sleeping and waking rhythm.
  • The mother's movements can wake her baby.
  • Taste buds are forming on your baby's tongue.
  • The baby is 28cm long (crown to heel) and weighs over 450 grams.
  • The weekly weight gain has increased to around 70 grams.
Your baby is about 11 inches long and weighs in at about 1 pound. The eyebrows and eyelids are fully developed, and the fingernails cover the fingertips. Sounds from a conversation are loud enough to be heard by the fetus in the uterus. If you talk, read, or sing to your baby, it's reasonable to expect him or her to be able to hear you.

By this week, your waistline is definitely gone. The top of your uterus is now about 1 inch (3cm) above your bellybutton. Your enlarging abdomen is not too large and doesn't get in your way much. You're still able to bend over and to sit comfortably. Walking shouldn't be an effort. Your friends and relatives can tell you are pregnant. It would be hard to hide your condition.

The baby is about 11 inches (28cm) long (crown to heel) and weighs in at about 1 pound (450g).




Alhamdulillah baby ummi da besar yer..Moga baby sihat2 yer kt dlm peyut ummi..





Friday, November 19, 2010

.::Baby tecik da move2, Alhamdulillah::.

Di kala kandungan ummi ni da 20 minggu, baby tecik da pun aktif gerak2 kat dalam. Ummi bersyukur ke hadrat Illahi, sbb ummi pun rasa baby gerak2. Moment paling indah masa ayah dengar baby kat dalam, baby gerak2. Ummi & ayah blh rasa.


Alhamdulillah..syukur.


.::Check-up baby tecik lagi::.

Last Tuesday gi check-up baby tecik. Ummi kene amik darah lagi.. Nurse check hearbeat baby. Alhamdulillah semua ok.. Last ummi dapat satu injection (kancing gigi) dose pertama. Nx month kene lagi utk dose kedua lak.. Xkisah la asalkan baby sihat kat dalam tu yer.. Ummi bersyukur.

Nx week gi scan lak kat naluri..Harap semuanya selamat dan baby sihat..Amin...




Tuesday, November 09, 2010

.::Setahun sudah.Alhamdulillah::.

Pejam celik pejam celik da setahun hubungan kami terjalin sbg suami isteri. Harap sampai bertahun2 ke anak cucu cicit..Amiinn. Dan alhamdulillah sepanjang perkahwinan ini byk menduga kami namun kami lalui dengan redha dan penuh kesabaran. Sikit2 gaduh & terguris hati tu ada la, namun kami bersyukur ia tidak berpanjangan.. Thank you Allah..

Semakin hari semakin mekar bunga kasih antara kami berdua, ditambah dengan kehadiran baby tecit dalam rahimku ini membuatkan kami bersyukur yg tak terhingga atas pemberian Allah ini. Inilah yg dikatakan rezeki. Once again, thank you Allah..

Awal2 lg i da plan nak ajak hubby utk celebrate anniversary kami, merangkap honeymoon sekali la ni kiranya.. Jom layan..

23/10/2010 - Awal2 pagi da masak utk lunch, almaklumlah tempat yg kami nak lawati ni boleh tahan jgak mahalnya. So, sekadar mengisi perut yg kosong utk lunch nt, i masak la sotong masak pedas kicap, sayur kangkung goreng kicap dan sambal tempoyak (feveret hubby). Maka lengkaplah makanan kami utk tghari itew. Ops..lupa. Sebelum tu i masak nasi goreng sotong utk breakfast pagi tu. Then lepas da setel masak utk lunch, kami bersiap bertolak ke destinasi impian..wahh... Jom kite layan pictures...


Date : 23 & 24 October 2010
Place : Colmar Tropicale, Bkt Tinggi




~cool kan?..~

 cantik btul ikan2 kat sini





Itulah dia kenangan manis kami..Andai ade rezeki teringin nak pegi lagi.. Pasni bawak baby tecik la pulak..InsyaAllah..








Wednesday, October 20, 2010

.::Baby @ 17 weeks+ check up::.

Semalam gi Naluri Medical Center, nak check up baby. Baby ummi skrg da 17 minggu. Alhamdulillah xde ape2 masalah. Sy dicucuk lagi sbb doc nak amik darah. Walaupun da check darah dgn klinik kerajaan aritu, tp doc kat Naluri ni nak jugak amik darah utk pemeriksaan lanjut. Xpelah, asalkan baby & ummi sihat. Nasib baik ummi & baby strong. Alhamdulillah...

Check up kali ni tak dapat tahu lagi gender baby. Baby malu... Ayah dia kate, girl agaknye..hihi. Xkisah la..boy ke girl ke kami terima, cume ape yg kami mahu baby sihat dan sempurna, amiin...


baby masih malu2 lagi ngan ummi & ayah dia..



.::2nd check up @ Klinik Ibu & Anak::.



Sepatutnya appointment ini pada 14/10/10, tp disebabkan tersilap tgk date, jadinya ia ditukar ke tarikh 18/10/10 (isnin). Apa la ibu mengandung ni. Ingatkan hari Jumaat, xperasan lak date dia 14 Oct.

Jadinye Isnin tu ibu mengandung ni pegi la klinik tu seorang diri. Kene timbang & kene check air kencing. Air kencing ok cuma berat naik 3kg dalam masa sebulan. Pelik jugak. Rasanya xde la mkn byk pun. Maybe mkn nasi di malam hari.. Huh! tobat rasanya. Nurse pun da pesan sblm ni jgn ambil nasi selepas kul 8pm, tp tidak diendahkan oleh ibu mengandung ini.

Kemudian kene amik darah & hantar ke lab. Dpt result then bg nurse pastu tunggu turn utk check up baby dlm perut. Masa ni menunggu tu punyala azabnya. Ada sejam jgak menuggunya. Bila da masuk bilik, nurse check ukuran ketinggian rahim, heart beat baby, check kaki ade bengkak atau tak. Pastu dia bg nasihat suh jaga mkn. Jgn amik makanan berlemak. Then, end of the session. Bkn lama pun nak check up. Tp menunggunya punya la lama.

Tp alhamdulillah semuanya ok, kecuali berat yg naik mendadak. Kene control mkn la pas ni. Control dr memakan makanan berlemak & fast food. Itu lebih baik dan menyihatkan...





.:: Kisah MGTT::.




11/10/10 - kene dtg Klinik Ibu & Anak buat MGTT. Ujian ni diambil utk mengetahui risiko penyakit kencing manis pada ibu hamil. Kene minum air gula??..My hubby kate kalo minum air gula ok la lagi dr minum air garam. For me, dua-dua i xsuke! Sy kene buat ujian ini sbb ada family history kencing manis. Takut gak..takut nanti muntah. Kalo muntah kene cancel & buat appointment lain.

Prosedur MGTT (Meal Glucose Tolerance Test) :
  1. Amik darah (dr hujung jari, mcm buat HIV test)
  2. Minum 1 cawan air gula sehingga habis
  3. Tunggu 2 jam sebelum darah diambil lagi sekali utk penentuan masalah.
Alhamdulillah, sy selamat menghabiskan air gula itew tanpa rasa loya dan nak muntah. And the result is........NORMAL. Alhamdulillah. Mudah2an xde la masalah melanda sepanjang kehamilan ini.



Thursday, September 23, 2010

.::Baby @ 13 weeks+::.

Last Tuesday, we both went to Naluri Medical Center at Wangsa Maju to do antenatal check up. Mmg decide nak buat check up kat sini je la sbb dekat dgn umah. Wat a surprise yg buat kami tersenyum panjang is we can see our baby hand moving in the screen when doc do ultrasound. Alhamdulillah..

So far, check up kali ni ok. Doc kate nx month baru check darah. Pls constantly moving baby..aritu ummi x perasan lak doc check heartbeat baby, tp ummi nampak tgn baby gerak2 ummi bersyukur..

"Ya Allah, sihatkanlah zuriat kami ini, sempurnakanlah kejadian tubuh badannya, sihatkanlah akal dan fizikalnya, cantikkanlah rupa paras dan akhlaknya, mudah2an dia membesar dgn sihat dan sempurna. Amin.."

Subhanallah..ummi & ayah nampak tgn baby bergerak2 masa buat scan.






.::Check up @ Klinik Kesihatan Ibu dan Anak::.

17/9/2010, kebetulan kami cuti sempena raya, i buat appointment dgn klinik kerajaan utk check up my pregnancy. Kami sampai sana dlm kul 8.15am and i dpt no giliran yg ke4. Sampai2 je nurse bg 2 buku pink utk diisi butir peribadi. Satu utk simpanan klinik, satu lagi utk simpanan patient.

Selesai isi butir peribadi, nurse panggil dan dia berceramah x henti. Then dia suruh baring utk check bengkak kaki, perut, tiroid. Alhamdulillah semua ok. Then dia suh tunggu utk amik darah. I tgk jarum dia punya la besar, siap nampak lubang jarum dia. Ngeri gak..tp muka relaks jer. Sbb sblm ni i penah amik darah ngan klinik private, jarum dia xde la sebesar jarum klinik kerajaan ni. Huhu..pasrah je la..masa nurse tu cucuk i xpandang pun..tp pedih skit.

Lepas da amik darah and dah test HIV negative, kene gi hantar darah kat lab and check ngan doc. Alhamdulillah..semua ok. Cuma doc mintak tlg scan kat klinik luar sbb dia kene bertugas kat klinik kesihatan, xdapat nak scan utk baby i ni. ok la..

Then kene check gigi. Nasib baik semua klinik ade kat situ. Situ la klinik kesihatan, sebelah tu klinik pergigian dan klinik ibu dan anak. Yang ni payah skit. Rasanya menunggu kat sini yg paling lama. ade la dlm sejam kot baru nombor kene panggil. Check nye sekejap jer. xsampai seminit pun.

Lepas tu jumpe nurse tadi balik, dia tgk2 report tu dan selesai la utk check up hari itew. Rasa mengantuk dan lapar bercampur gaul. Maklumla hujan jer pagi tu x henti. Lupa nak gtau. Since i ade diabetis history from 1 of my parent, i kene minum air gula bila kandungan berusia 16 minggu. Nurse suh puasa dr kul 10pm dan cuma blh minum air kosong jer. Yang lain cannot. huhu...azabnye la..tp baby nye pasal ummi gagahkan la jua.. Persiapkan diri utk ujian tu nanti. Tak blh muntah, kalo muntah kene cancel and replace appointment baru. Adoyai..Doa2 la ye i blh minum air tu tanpa muntah..






Wednesday, September 08, 2010

.::Result positive::.

Tiba2 rasa nak update cerita yg aku tahu bahawa ade insan comel dlm perut ni. Mulanya ingat xmau diwar2kan, sbb xmau terlebih xcited. Tp bila pkir balik, ada bagusnya juga.. Sekurang2nya ade jurnal perjalananku semasa pregnant kan..? Kenangan utk masa depan tu..hihi.

Ceritanya bermula semasa aku diserang cirit birit yg teruk sgt. Memang xpernah kene cirit birit yg semacam itew. Sangat la sengsara.. Setiap beberapa minit masuk bilik air. Aku ingatkan aku diserang food poisoning. So, ajak hubby ke klinik utk buat pemeriksaan ke atas perut aku ni. Doc ckp byk sgt angin kat perut. Nak kate aku xmkn, aku mkn. Jadi, doc assume yg aku mungkin pregnant. Aku plk rasa xmungkin kot, sbb period aku lum due lagi. Masa tu ade lagi 5 hari nak due. So, doc bg ubat utk buang angin dan sempat pesan suh buat pregnancy test kalo period da delay. Aku iyakan aje la..mungkin betul jgk, alhamdulillah la kan..

Masa msk opis, pun rasa xsedap bdn. Byk angin je rasa. Jadinya, aku gigihkan diri ke klinik panel kitorg, dan doc ni pun ckp bende yg sama. Dia tanye, "U pregnant ker?.." Aku ckpla xtau..sbb xbuat test lagi kan.. xconfident nak buat test sbb period blm due lagi... Nanti kalo dpt result xbest, sedih lagi lak..huhu.

Sampai masa period aku delayed 2-3 hari mcmtu, aku mula rasa xsedap bdn. Selera pun xde. Bdn rasa seram sejuk jer. Tgk lauk berminyak mcm nak muntah. Terpkir gak, "demam ke aku ni?..selalunya demam xpenah mcmni.." Jadi pagi besoknya aku try buat pregnancy test bila teringatkan kata2 doc tempoh hari. Sekali aku tgk urine tu lalu, frust..cuma ade 1 line jer.. Then aku terus campak dlm bakul sampah. Ingat xmau bgtau hubby yg aku buat test. Tentu dia pun frust.. Tp memandangkan dia tau yg pregnancy test kit tu ade 2 stock je dlm laci, karang xpsl2 dia check tinggal 1, mesti kecik ati..aku buat test xbgtau dia.. Ok syg..i kejut u nak bgtau.. Tp sblm tu, aku amik blk test kit tu, sbb nak tunjuk kat dia yg result negative. Masa amik tu, aku perhatikan line yg no. 2 tu mcm nak timbul, tp blur.. Then aku tanye hubby, ade nampak x line yg 1 lg tu mcm nak timbul. Dia pun perasan.. Jadinya, tunggu la lagi 2-3 hari utk buat test lagi..

2 hari lepas tu aku buat test lagi. Mmg 2nd line tu timbul tp kali ni lebih terang dr yg sblm ni wpun masih blur lagi. Then hubby kate tunggu 2 hari lg. 2 hari kemudian, line tu makin terang. Terus bawa gi jumpe doc. Kebetulan masa tu kitorg gi check kolestrol dlm darah ngan doc tu. Alang2 tanya sekali. Doc tgk test kit tu then dia confirmkan. Alhamdulillah...syukur kami kepadaMu Ya Allah kerana memberi rezeki ini buat kami.. Thank you Allah...


Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dan Pengasih kepada hambaNya. Doakan kandungan ini sihat sempurna dan menjadi zuriat yg soleh/solehah..Amiinn...





Tuesday, September 07, 2010

.::Selamat Hari Raya::.



Hanya tinggal beberapa hari saja lagi Umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Xsabarnye.... Aku masih bekerja sehingga esok. Mayb blk ke kg hubby esok mlm. Seronok dan xsabar nak raya bersama. Yela..masa sambut raya thn lepas lum lagi bergelar isteri. Ni sudah..ditambah pula dgn rezeki yg Allah beri, insan comel dlm perut ni..alhamdulillah..bahagia...

Sempena Hari raya yg bakal menjelang xlama lagi ni, ku susun sepuluh jari rapi memohon ampun dan maaf Zahir & Batin seandaikata pernah terkasar bahasa, tersilap ataupun terguris isi hati kalian semua...0-0 ek.. Semoga pertalian siratullrahim/persaudaraan kita berkekalan hendaknya. Pada yg akan pulang ke kg halaman, berhati2lah ketika memandu. Ku doakan agar selamat dalam perjalanan pergi/balik. Jgn bawa kereta kelam kabut. Biar lambat asalkan kita selamat. Moga Allah lindungi kita semua, amiinn... Harapanku, agar semua berbahagia di samping orang-orang yang tersayang sempena Hari Raya yang tak lama lagi kunjung tiba.

To my beloved hubby:--.Hney minta maaf syg andai hney ade membuat perkara yg mengguris dan menyakiti hati syg..maafkan hney.. Semoga Aidilfitri ini membawa seribu keberkatan dariNya untuk kita. I luv u so much!

Ya ALLAH, di akhir ramadan yg barkah ini, muliakan dan sayangi saudara-saudaraku ini. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya, kuatkan imannya. Beri kenikmatan ibadah padanya, jauhkannya dari fitnah, suburkan benih KEISLAMAN pada keturunannya dan masukkan dia dlm syurgaMU tanpa hisab.
Amin Ya ALLAH....



::SELAMAT HARI RAYA::
~MAAF ZAHIR DAN BATIN~


  

Ikhlas,

Thursday, September 02, 2010

.::10 weeks of pregnancy::.

Alhamdulillah...baby in my tummy is already 10 weeks. Kira ini 1st time gi antenatal checkup di Pusrawi. Cadang dgn hubby nak dtg awal supaya xlama menunggu. Jadinya kami sampai di Pusrawi kul 9am & dpt no 10. Kene la tunggu...

Sblm buat checkup, kene timbang berat dan check urine. Then tunggu sampai dipanggil di ruang menunggu. Tp tempat menunggu dia mmg sejuk..xtau la bape kuat aircond dia pasang. Yang menjadi hairannya, org lain xde lak nampak sejuk mcm aku ni. Pelik gak diorg ni xde rasa sejuk ke..Rilek jerk. Da la masa tu segala sweater & stokin semua tertinggal kat umah. Terpaksa la menahan...

Sementara menunggu layan la TV9 kat situ. Ade cite ceplos. Ceplos pun ceplos la.. Sorang demi sorang masuk. Stiap sorang lama lak tu. Yela..nak buat checkup kan..bkn nak beli barang.. Ajarlah diri ini bersabar. Ramai gak patient doc ni. Mayb mmg bgs la kot doc ni. Direkemen oleh member hubby.

Tiba kat no 7, nurse panggil sorang2. Katanye, doc ade emergency, ade patient nak deliver. Pulak... aku tny nurse tu bpe lama selalunya kalo kes mcmni?.. katanya, kalo xde masalah dlm setengah jam doc turun la.. Itu kalo xde masalah.. So, aku ape lagi. Ajak hubby blk jap la.. Lepak2 kat umah, dr dok menahan sejuk kat situ.

So, kitorg bergerak blk. Siap pesan kat nurse tu kalo doc da turun call me ya.. Sempat lg kitorg gi cuci kete. Abis je cuci kete, nurse tu call kate doc xleh turun sbb patient ade masalah. So, nak xnak aku kene gi Hospital gak amik buku rekod & tukar date. Agak dlm 10min lg nak sampai, nurse tu call blk kate doc da turun. Then okla xyah tuka date. Settle hari tu gak. Sebenanya xsaba nak tgk baby kat dlm ni. Ok ker..sihat ker..Harap mcmtu la.

Sampai je aku terus jumpe doc. Patut la ramai yg buat appointment ngan doc ni. Ok gak la dia ni. Aku pun suke layanan dia. Tgk aje la bil dia...hihi.Rahsia k.. Dlm blk tu doc tanye, bila last period & ikut kiraan dia EDD aku 29 March 2011. Then buat ultrasound. Ini yg paling xsabar + berdebar2. Doc mulakan scan dgn letak gel atas perut lpstu scan. Nampak la kantung & baby kat dlm. So cute and doc kate sihat. Alhamdulillah... Bila dgr heartbeat dia, aku rasa lega berbaur syukur ke hadrat Allah yg mengurniakan zuriat buat kami. Thank you Allah.. Mudah2an segalanya akan baik2 shj utk nx check up nanti. Amin....


Alhamdulillah...nampak riang di wajah hubby lepas buat checkup. I luv u dear..! Mudah2an Allah berkati kita dan baby dalam perut ni. Amin...



Friday, August 27, 2010

.::Cerita Balik Kampung Hari Raya::.

Cerita ini ingin ku kongsi bersama kwn2 sekalian dan dijadikan panduan buat kita sebagai isteri dan pedoman buat si suami.


Setiap kali menjelang ramadhan, saya tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika dalam bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu solat subuh ibu memanggil kami (3 orang anak perempuannya dan 2 orang anak lelakinye yg masih bujang“ Total adik beradik 6 seorang dah kawin and duduk with husband) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah. Ayah pula sudah meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.



Ibu : Apa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baik lebih-lebih lagipada Ateh (anak perempuan no. 3) dan Acik . (anak perempuan no.5) & (Saya anak perempuan bongsu yg ke-6). Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampong siapa pada hari raya pertama. Betul tak?

Ateh & Acik : Betul.... mestilah ghumah ibu dulu.........

Ibu : Dengar dulu....contohnya jika rumah kamu di Paka, rumah ibu di Johor dan rumah mentua kamu di Marang, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?

Ateh & Acik : Ghumah ibulah .....

Ibu : Tidak.......ibu tidak izinkan kamu balik ke sini.........baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu........ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun.

Ateh : Mengangguk.......(tanda faham ler tue...... dia nie banyak ikut perwatakan ibu....penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit,sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut....diantara kamiadik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga)

Acik : Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh......kena gilir-gilirlahbaru adil (dia nie memang kaki bangkang pun.....outspoken skit kalau dia tak puas ati)

Ibu : Ingatlah......jika anak-anak perempuan itu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti... taatlah pada suami dan mentua.

Acik : Macam kaum h**** lak...Dah kawin tak bo leh gi rumah emak bapak

Ibu : Bukan macam tu......islam tu indah. Setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu.....dan seperkara lagi.....untuk menjaga suami tidak sesusah mananye...hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM......JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA. InsyaAllah dia tak akan ke mana.....kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga...Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala...

Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan seorang pemuda yang yatim piatu.....jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak berkahwin dengan pemuda yang masih mempunyai ibu-bapa. Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di KL)...
Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba dirumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar...

Ibu :Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?

Abang ipar :Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu). 

Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?

Abang ipar : Tidak bu...saya izinkan keluarga saya beraya di sini.

Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?

Abang ipar : Mereka tiada halangan. (dalam hati saya rasa terkilan. Apalah ibu nie....biarkan jerlah Acik nak beraya disini)

Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu.(abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya). Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini. (sambil menitis airmata). Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini.


Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal dirumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka. Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain...(tak boleh cerita panjang....dah masuk bab mengumpat lak).Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya.

Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga......masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi. Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri...
Sempurna kah sudah aku sebagai seorang menantu?...
Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah ?...
Berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu????????
Ya Allah.....
berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai.....
Aminnnnnn..

.

Moral of the story:

Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2.
Buat anak lelaki,tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya.
Buat para isteri a.k.a anak perempuan , jangan sampai jadikan suami anak derhaka...

Semoga kita mendapat ikhtibar dr kisah ini..
 

Tuesday, August 17, 2010

.::Pedih Ulu Hati::.

Last week, rasa sakit sgt dada ni. Ia menyucuk2 sampai da xblh tahan. Terkeluar jugak la airmata ni menahan sakit. Angin pun naik sampai ke kepala. Hati berbisik.."Ya Allah..Ampunkanlah dosaku..redakanlah sakit ini.."

Sudahnye, x larat nak gi opis. Terpaksalah amik MC. Doc ckp sakit tu common bg wanita hamil. Itu dipanggil 'heartburn'. Mcm gastrik la.. Barulah tau mcmtu rasanye org sakit gastrik. Sampai hilang selera mkn. Ini ade info berkenaan 'heartburn' yg nak dikongsi.



Menurut Dr. Nor Ashikin, sehingga 75 peratus wanita hamil mengalami pedih ulu hati.



“Ia berlaku apabila kandungan dalam perut ditolak kembali ke esofagus (saluran makanan) menyebabkan ia dalam keadaan terapung (reflux), lalu mengganggu lapisan lembut dalam saluran tersebut,” jelasnya.


Bagi wanita hamil, peningkatan hormon kehamilan menyebabkan otot sfinkter esofagus bawah (LES) mengendur antara esofagus dan perut. Tekanan di dalam abdomen yang meningkat sejajar dengan perkembangan bayi menyebabkan kandungan perut mudah ditolak semula ke esofagus.


 Mereka yang mengalami pedih ulu hati akan berasa pedih pada bahagian atas dada, perut tidak selesa, sukar menelan, kandungan makanan ditolak kembali, rasa pahit atau asid dalam mulut.
“Pedih ulu hati yang kronik boleh mengganggu tidur dan menjejaskan selera makan,” ujar Dr. Nor Ashikin.


Bagaimana merawat pedih ulu hati:


1. Antasid.
Ia bertindak meneutralkan asid perut, namun jika diambil dalam kuantiti berlebihan boleh menyebabkan sembelit (elakkan penyediaan yang mengandungi sodium atau aluminium). Rawatannya pantas tetapi dalam bentuk jangka pendek.


2. Penghalang H2, penyekat pam proton (pengurang asid)
Ia menyerap ke dalam saliran darah untuk mengurangkan penghasilan asid dalam perut. Tetapi kaedah ini tidak disyorkan ketika mengandung.


3. Alginates
Dihasilkan daripada rumpai laut coklat iaitu laminaria hyperborea. Ia tidak diserap dalam saluran darah dan disahkan secara klinikal memberi kelegaan untuk pedih ulu hati ketika mengandung. Contoh ubatan yang mengandungi alginates adalah Gaviscon.


Alginate menghasilkan satu penghalang kuat yang seakan terapung apabila ia bertemu asid perut. Kandungan apungan di bahagian atas menghalang asid daripada bertemu dengan esofagus.


Apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan pedih ulu hati?
1. Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.
2. Kunyah dengan perlahan setiap kali makan. Jangan tergopoh-gapah.

3. Elakkan makanan mengandungi rempah, pedas, menggunakan banyak perasa, berlemak, coklat, alkohol, kafein dan berpudina.
4. Pakai pakaian yang longgar di sekitar perut.
5. Duduk dengan selesa. Jangan lakukan pergerakan seperti melipat badan yang menyebabkan bahagian perut diasak.
6. Jangan membongkok ketika mengambil barang.
7. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki secara sederhana.
8. Elakkan berbaring atau tidur dalam masa dua jam selepas makan.
9. Jangan merokok.
10. Biarkan minuman panas sejuk sebentar sebelum diminum.
11. Tangani stres dengan tenang.
12. Cuba kawal pertambahan berat badan. Dapatkan berat badan seperti yang disyorkan.


My doc advise me utk ambil Gaviscon. Ia akan bertindak sebagai penghalang kepada asid utk naik semula ke esofagus. Ia juga blh diambil oleh wanita hamil mahupun yang sedang menyusukan. Since klinik dia xde jual Gaviscon, my hubby pun cari la kat 7E. Bila ambil ubat ni, barulah rasa lega skit. Dan alhamdulillah sejak hari sabtu yg lepas, aku blh berpuasa tanpa mengambil Gaviscon lagi. Yela..kalo ambil selalu takut ade effect plk. Walaupun dia kata sesuai utk wanita hamil, tp kite cume berjaga2. Doakanlah aku blh meneruskan ibadah puasa ni dgn kesihatan yg baik. Amin...






Tuesday, August 10, 2010

.::Marhaban Ya Ramadhan::.



Ramadhan kembali lagi..bulan yang mulia, juga bulan pengampunan. Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan kali ini. Marilah kita sama2 menggandakan ibadah pada bln ini. Semoga puasa dan amalan kita diterima Allah SWT..Amin...

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan:

 "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

 * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, InsyaAllah.







.::Alhamdulillah..::.

Syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi atas limpah kurniaanNya kepada kami.. Tanggal 22/7/2010 tempoh hari doc telah mengesahkan kandunganku berusia 5 minggu.. Alhamdulillah syukur sgt..

Semoga our baby membesar dengan sihat dlm rahimku.. Amiinn.....





Tuesday, July 27, 2010

.::Jgn lupa beristighfar::.

Sekadar ingat mengingati tanda aku sayang kamu semua....




 
Fadhilat beristighfar:-


a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)". Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi.Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 kali sehari.
Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita.Sifat hazan bererti berdukacita".

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik.
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah". Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :

"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."


Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.




" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"
 
 
 
note: Sekadar berkongsi, eloklah diamalkan selepas setiap solat fardhu, beristighfar sebanyak 15 kali. Dgn itu, kita secara tidak langsung sudahpun beristighfar sebanyak 75 kali sehari..Wallahualam... Mudah2an amalan kita diterimaNya..amin...
 
 




Saturday, July 24, 2010

.::Congratulations to my cousin::.

Tanggal 26 June 2010 my cousin, Kamisah Nasir telah selamat melangsungkan pertunangannya bersama insan pilihan hati di kg Bkt Rokan, Negeri Sembilan. Majlis diadakan secara sederhana dan dihadiri sanak saudara terdekat.. Tahniah to Misah & Iznee..



pengantin to be..

me & misah

bakal mak mertua menyarungkan cincin ke jari manis..

hantaran dr pihak lelaki

hantaran dr pihak pompuan

me & arif yg comelll..

bersama kanak2 comelll...

Semoga ikatan yg dibina akan berakhir di jinjang pelamin seterusnya berkekalan hingga ke akhir hayat.. SELAMAT BERTUNANG to both of you..