~CINTA KITA~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~RAIHAN HANNANI~

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

~RAISHA HASNA~

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, August 17, 2010

.::Pedih Ulu Hati::.

Last week, rasa sakit sgt dada ni. Ia menyucuk2 sampai da xblh tahan. Terkeluar jugak la airmata ni menahan sakit. Angin pun naik sampai ke kepala. Hati berbisik.."Ya Allah..Ampunkanlah dosaku..redakanlah sakit ini.."

Sudahnye, x larat nak gi opis. Terpaksalah amik MC. Doc ckp sakit tu common bg wanita hamil. Itu dipanggil 'heartburn'. Mcm gastrik la.. Barulah tau mcmtu rasanye org sakit gastrik. Sampai hilang selera mkn. Ini ade info berkenaan 'heartburn' yg nak dikongsi.



Menurut Dr. Nor Ashikin, sehingga 75 peratus wanita hamil mengalami pedih ulu hati.



“Ia berlaku apabila kandungan dalam perut ditolak kembali ke esofagus (saluran makanan) menyebabkan ia dalam keadaan terapung (reflux), lalu mengganggu lapisan lembut dalam saluran tersebut,” jelasnya.


Bagi wanita hamil, peningkatan hormon kehamilan menyebabkan otot sfinkter esofagus bawah (LES) mengendur antara esofagus dan perut. Tekanan di dalam abdomen yang meningkat sejajar dengan perkembangan bayi menyebabkan kandungan perut mudah ditolak semula ke esofagus.


 Mereka yang mengalami pedih ulu hati akan berasa pedih pada bahagian atas dada, perut tidak selesa, sukar menelan, kandungan makanan ditolak kembali, rasa pahit atau asid dalam mulut.
“Pedih ulu hati yang kronik boleh mengganggu tidur dan menjejaskan selera makan,” ujar Dr. Nor Ashikin.


Bagaimana merawat pedih ulu hati:


1. Antasid.
Ia bertindak meneutralkan asid perut, namun jika diambil dalam kuantiti berlebihan boleh menyebabkan sembelit (elakkan penyediaan yang mengandungi sodium atau aluminium). Rawatannya pantas tetapi dalam bentuk jangka pendek.


2. Penghalang H2, penyekat pam proton (pengurang asid)
Ia menyerap ke dalam saliran darah untuk mengurangkan penghasilan asid dalam perut. Tetapi kaedah ini tidak disyorkan ketika mengandung.


3. Alginates
Dihasilkan daripada rumpai laut coklat iaitu laminaria hyperborea. Ia tidak diserap dalam saluran darah dan disahkan secara klinikal memberi kelegaan untuk pedih ulu hati ketika mengandung. Contoh ubatan yang mengandungi alginates adalah Gaviscon.


Alginate menghasilkan satu penghalang kuat yang seakan terapung apabila ia bertemu asid perut. Kandungan apungan di bahagian atas menghalang asid daripada bertemu dengan esofagus.


Apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan pedih ulu hati?
1. Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.
2. Kunyah dengan perlahan setiap kali makan. Jangan tergopoh-gapah.

3. Elakkan makanan mengandungi rempah, pedas, menggunakan banyak perasa, berlemak, coklat, alkohol, kafein dan berpudina.
4. Pakai pakaian yang longgar di sekitar perut.
5. Duduk dengan selesa. Jangan lakukan pergerakan seperti melipat badan yang menyebabkan bahagian perut diasak.
6. Jangan membongkok ketika mengambil barang.
7. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki secara sederhana.
8. Elakkan berbaring atau tidur dalam masa dua jam selepas makan.
9. Jangan merokok.
10. Biarkan minuman panas sejuk sebentar sebelum diminum.
11. Tangani stres dengan tenang.
12. Cuba kawal pertambahan berat badan. Dapatkan berat badan seperti yang disyorkan.


My doc advise me utk ambil Gaviscon. Ia akan bertindak sebagai penghalang kepada asid utk naik semula ke esofagus. Ia juga blh diambil oleh wanita hamil mahupun yang sedang menyusukan. Since klinik dia xde jual Gaviscon, my hubby pun cari la kat 7E. Bila ambil ubat ni, barulah rasa lega skit. Dan alhamdulillah sejak hari sabtu yg lepas, aku blh berpuasa tanpa mengambil Gaviscon lagi. Yela..kalo ambil selalu takut ade effect plk. Walaupun dia kata sesuai utk wanita hamil, tp kite cume berjaga2. Doakanlah aku blh meneruskan ibadah puasa ni dgn kesihatan yg baik. Amin...






2 comments:

Fathiyah said...

jaja,congrate! take care tau =)

rAfIza_fAdzLi said...

Tq Fathiyah.. Mudah2an Allah jua mengurniakan zuriat utk ko & suami.. Doakan mudah2an segalanya dipermudahkan.. Thanks again..