~CINTA KITA~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~RAIHAN HANNANI~

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

~RAISHA HASNA~

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, July 27, 2010

.::Jgn lupa beristighfar::.

Sekadar ingat mengingati tanda aku sayang kamu semua....




 
Fadhilat beristighfar:-


a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)". Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi.Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 kali sehari.
Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita.Sifat hazan bererti berdukacita".

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik.
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah". Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :

"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."


Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.




" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"
 
 
 
note: Sekadar berkongsi, eloklah diamalkan selepas setiap solat fardhu, beristighfar sebanyak 15 kali. Dgn itu, kita secara tidak langsung sudahpun beristighfar sebanyak 75 kali sehari..Wallahualam... Mudah2an amalan kita diterimaNya..amin...
 
 




No comments: