Salam Ramadhan semua.. begitu pantasnya masa berlalu. Sedar
tak sedar, seminggu lebih je lagi kita nak sambut raya. Alhamdulillah..setakat
ini masih diberi kekuatan oleh Allah SWT utk berpuasa. Moga diberikanNya lagi
kekuatan itu untuk berpuasa sehingga akhir Ramadhan, amiinn….
Di akhir2 Ramadhan ini biasa la. Nak sahur pun dah xde
selera. Kadang2 goreng ikan bilis masak kicap je. Lebih menyelerakan compare
dgn lauk pauk. Mungkin dgn keadaan morning sickness yg masih bersisa ni. Berdoa
moga2 cepat la tamat alkisahnya. Sbb ni dah nak masuk trimester kedua nx week.
Mudah2an dipermudahkan, amin…
Si kecik Raihan pun semakin nakal skrg. Da makin besar tgk
dia. Da pandai sleep kat baby cot sendiri. Kalo ngantuk je bagi susu umpan dgn
video kartun kat tab dia, lama2 lelap la..hihi. Dia da cerai susu skrg. Dah x
sedap kot nenen ummi ni. Huhu… Skrg ni suka sgt mengajuk ckp org. Maybe dia nak
belajar bercakap kot.. Bila dengar lagu dah pandai nak menari. Da kenal
sesetengah haiwan mcm bird, elephant, lion, cat, frog, dog. Paling dia suke cat
dgn bird. Kalo cat tu siap buat bunyi mcm org panggil kucing tu. Haha la anak
ummi… Syg sgt kamu..muah! Kdg2 dia suka merapu merepek, rasa nak marah tp bila
tgk dia comel je x jadi nak marah. Pastu dia gelak..haha.
Bln puasa ni kegemaran Raihan adalah bubur lambuk. So ummi
dgn walid everyday kene makesure gi amik bubur lambuk kat masjid. Hari2 dinner
bubur lambuk pun x boring. Mcm ummi dia la..suka bubur lambuk,hihi.. Ummi pun
buka bubur lambuk. Kdg2 xde selera berbuka bubur lambuk je. Sampingan mkn mcm
putu piring ke..popia ke..murtabak ke..otak2 ke.. camtu je la. Tp bila mlm dlm
kul 10pm kene ulang lagi mkn sbbye masa berbuka mkn sikit, x larat nak mkn
byk2, nanti muntah huhu.. So, kene la mkn sikit dulu pastu mlm sambung lagi kasi
baby dlm perut kenyang mkn. Hehe..
Raihan dah ade byk baju raya.. Baju kurung saja ade 3.
satu sama dgn ummi, ofkos la kan.. satu maktok bg, satu lg wan bg. Baju gaun
dgn tshirt; wan ade bg, pak long dgn mak long pun bg.. uuhh..suke la dia byk
dpt baju raya.. Dgn ummi & walid pun dia dpt, seluar dgn skirt jeans. Comel
jer..hehe. Paling best walid belanja kasut sport tu x tahan.. Wahh..bergaya la
anak ummi raya ni.. ;) Beli kat klcc, kemain lagi. Skrg da pandai ckp “klcc”.
Nampak je klcc dr umah kitorg tu terus tunjuk sambil ckp “klcc…” Haha
comelllllll……..!!!!
Subhanallah...comelnya anak ummi ni. Da besar da.. InsyaAllah x lama lagi nak jadi kakak.. ;)
Semoga Raihan menjadi anak yang solehah ye syg..we luv u so much!!
No comments:
Post a Comment