~CINTA KITA~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~RAIHAN HANNANI~

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

~RAISHA HASNA~

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, March 10, 2011

.::Debaran 37 minggu::.



Sekarang baby da nak masuk 38 minggu. Orang kate kalo da mcm skrg ni anytime je boleh bersalin. Pergerakan baby pun makin terhad sbb space da semakin kurang kat dalam tu. Cian dia.. Ummi da prepare baju utk baby & ummi dan barang2 baby sikit. Macam2 rasa ade. Berdebar dan xsabar silih berganti. Mudah2an dipermudahkan kelahiran baby, Amiinn…..

So far ummi x apply cuti. Sbb walid pun kat sini, satu building keje ngan ummi. Kalo sakit, just call walid & terus ke hospital. Brg2 & baju baby dan ummi semua da pack dlm kete. Buku & kad hospital pun da ummi sediakan dlm handbag siap2.

Mendengar cerita & pengalaman org bersalin, jantung ummi berdegup kencang. Terpikir mcmmane la keadaan ummi nanti kat labor room. Mintak2 dipermudahkan oleh Allah. Mintak2 dipercepatkan bukaan pintu rahim. Mintak2 selamat ummi melahirkan baby ke dunia ni. Amiinn…

Baby skrg aktif time malam. Melihat perut yang terbonjol2 dek tendangan baby tecik ni, hati ummi sayu. Subhanallah.. Besarnya keagungan Allah. Ada satu nyawa dalam perut ummi ni. Ummi pasti akan merindukan saat ini bila baby da lahir nanti. =)

Skrg ummi kene prepare ape yg patut. Walid pun akan buatkan air selusuh untuk ummi. Mudah2an dipermudahkan proses bersalin. Mudah2an sakit x lama. Dan baby selamat lahir, sihat, sempurna & cukup sifat, comel, bijak…Amiinn….




1 comment:

Mazmikh said...

Semoga dipermudahkan.. tahniah kerana bakal bergelar ibu :D