~CINTA KITA~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~RAIHAN HANNANI~

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

~RAISHA HASNA~

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, September 23, 2010

.::Baby @ 13 weeks+::.

Last Tuesday, we both went to Naluri Medical Center at Wangsa Maju to do antenatal check up. Mmg decide nak buat check up kat sini je la sbb dekat dgn umah. Wat a surprise yg buat kami tersenyum panjang is we can see our baby hand moving in the screen when doc do ultrasound. Alhamdulillah..

So far, check up kali ni ok. Doc kate nx month baru check darah. Pls constantly moving baby..aritu ummi x perasan lak doc check heartbeat baby, tp ummi nampak tgn baby gerak2 ummi bersyukur..

"Ya Allah, sihatkanlah zuriat kami ini, sempurnakanlah kejadian tubuh badannya, sihatkanlah akal dan fizikalnya, cantikkanlah rupa paras dan akhlaknya, mudah2an dia membesar dgn sihat dan sempurna. Amin.."

Subhanallah..ummi & ayah nampak tgn baby bergerak2 masa buat scan.






.::Check up @ Klinik Kesihatan Ibu dan Anak::.

17/9/2010, kebetulan kami cuti sempena raya, i buat appointment dgn klinik kerajaan utk check up my pregnancy. Kami sampai sana dlm kul 8.15am and i dpt no giliran yg ke4. Sampai2 je nurse bg 2 buku pink utk diisi butir peribadi. Satu utk simpanan klinik, satu lagi utk simpanan patient.

Selesai isi butir peribadi, nurse panggil dan dia berceramah x henti. Then dia suruh baring utk check bengkak kaki, perut, tiroid. Alhamdulillah semua ok. Then dia suh tunggu utk amik darah. I tgk jarum dia punya la besar, siap nampak lubang jarum dia. Ngeri gak..tp muka relaks jer. Sbb sblm ni i penah amik darah ngan klinik private, jarum dia xde la sebesar jarum klinik kerajaan ni. Huhu..pasrah je la..masa nurse tu cucuk i xpandang pun..tp pedih skit.

Lepas da amik darah and dah test HIV negative, kene gi hantar darah kat lab and check ngan doc. Alhamdulillah..semua ok. Cuma doc mintak tlg scan kat klinik luar sbb dia kene bertugas kat klinik kesihatan, xdapat nak scan utk baby i ni. ok la..

Then kene check gigi. Nasib baik semua klinik ade kat situ. Situ la klinik kesihatan, sebelah tu klinik pergigian dan klinik ibu dan anak. Yang ni payah skit. Rasanya menunggu kat sini yg paling lama. ade la dlm sejam kot baru nombor kene panggil. Check nye sekejap jer. xsampai seminit pun.

Lepas tu jumpe nurse tadi balik, dia tgk2 report tu dan selesai la utk check up hari itew. Rasa mengantuk dan lapar bercampur gaul. Maklumla hujan jer pagi tu x henti. Lupa nak gtau. Since i ade diabetis history from 1 of my parent, i kene minum air gula bila kandungan berusia 16 minggu. Nurse suh puasa dr kul 10pm dan cuma blh minum air kosong jer. Yang lain cannot. huhu...azabnye la..tp baby nye pasal ummi gagahkan la jua.. Persiapkan diri utk ujian tu nanti. Tak blh muntah, kalo muntah kene cancel and replace appointment baru. Adoyai..Doa2 la ye i blh minum air tu tanpa muntah..






Wednesday, September 08, 2010

.::Result positive::.

Tiba2 rasa nak update cerita yg aku tahu bahawa ade insan comel dlm perut ni. Mulanya ingat xmau diwar2kan, sbb xmau terlebih xcited. Tp bila pkir balik, ada bagusnya juga.. Sekurang2nya ade jurnal perjalananku semasa pregnant kan..? Kenangan utk masa depan tu..hihi.

Ceritanya bermula semasa aku diserang cirit birit yg teruk sgt. Memang xpernah kene cirit birit yg semacam itew. Sangat la sengsara.. Setiap beberapa minit masuk bilik air. Aku ingatkan aku diserang food poisoning. So, ajak hubby ke klinik utk buat pemeriksaan ke atas perut aku ni. Doc ckp byk sgt angin kat perut. Nak kate aku xmkn, aku mkn. Jadi, doc assume yg aku mungkin pregnant. Aku plk rasa xmungkin kot, sbb period aku lum due lagi. Masa tu ade lagi 5 hari nak due. So, doc bg ubat utk buang angin dan sempat pesan suh buat pregnancy test kalo period da delay. Aku iyakan aje la..mungkin betul jgk, alhamdulillah la kan..

Masa msk opis, pun rasa xsedap bdn. Byk angin je rasa. Jadinya, aku gigihkan diri ke klinik panel kitorg, dan doc ni pun ckp bende yg sama. Dia tanye, "U pregnant ker?.." Aku ckpla xtau..sbb xbuat test lagi kan.. xconfident nak buat test sbb period blm due lagi... Nanti kalo dpt result xbest, sedih lagi lak..huhu.

Sampai masa period aku delayed 2-3 hari mcmtu, aku mula rasa xsedap bdn. Selera pun xde. Bdn rasa seram sejuk jer. Tgk lauk berminyak mcm nak muntah. Terpkir gak, "demam ke aku ni?..selalunya demam xpenah mcmni.." Jadi pagi besoknya aku try buat pregnancy test bila teringatkan kata2 doc tempoh hari. Sekali aku tgk urine tu lalu, frust..cuma ade 1 line jer.. Then aku terus campak dlm bakul sampah. Ingat xmau bgtau hubby yg aku buat test. Tentu dia pun frust.. Tp memandangkan dia tau yg pregnancy test kit tu ade 2 stock je dlm laci, karang xpsl2 dia check tinggal 1, mesti kecik ati..aku buat test xbgtau dia.. Ok syg..i kejut u nak bgtau.. Tp sblm tu, aku amik blk test kit tu, sbb nak tunjuk kat dia yg result negative. Masa amik tu, aku perhatikan line yg no. 2 tu mcm nak timbul, tp blur.. Then aku tanye hubby, ade nampak x line yg 1 lg tu mcm nak timbul. Dia pun perasan.. Jadinya, tunggu la lagi 2-3 hari utk buat test lagi..

2 hari lepas tu aku buat test lagi. Mmg 2nd line tu timbul tp kali ni lebih terang dr yg sblm ni wpun masih blur lagi. Then hubby kate tunggu 2 hari lg. 2 hari kemudian, line tu makin terang. Terus bawa gi jumpe doc. Kebetulan masa tu kitorg gi check kolestrol dlm darah ngan doc tu. Alang2 tanya sekali. Doc tgk test kit tu then dia confirmkan. Alhamdulillah...syukur kami kepadaMu Ya Allah kerana memberi rezeki ini buat kami.. Thank you Allah...


Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dan Pengasih kepada hambaNya. Doakan kandungan ini sihat sempurna dan menjadi zuriat yg soleh/solehah..Amiinn...





Tuesday, September 07, 2010

.::Selamat Hari Raya::.



Hanya tinggal beberapa hari saja lagi Umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Xsabarnye.... Aku masih bekerja sehingga esok. Mayb blk ke kg hubby esok mlm. Seronok dan xsabar nak raya bersama. Yela..masa sambut raya thn lepas lum lagi bergelar isteri. Ni sudah..ditambah pula dgn rezeki yg Allah beri, insan comel dlm perut ni..alhamdulillah..bahagia...

Sempena Hari raya yg bakal menjelang xlama lagi ni, ku susun sepuluh jari rapi memohon ampun dan maaf Zahir & Batin seandaikata pernah terkasar bahasa, tersilap ataupun terguris isi hati kalian semua...0-0 ek.. Semoga pertalian siratullrahim/persaudaraan kita berkekalan hendaknya. Pada yg akan pulang ke kg halaman, berhati2lah ketika memandu. Ku doakan agar selamat dalam perjalanan pergi/balik. Jgn bawa kereta kelam kabut. Biar lambat asalkan kita selamat. Moga Allah lindungi kita semua, amiinn... Harapanku, agar semua berbahagia di samping orang-orang yang tersayang sempena Hari Raya yang tak lama lagi kunjung tiba.

To my beloved hubby:--.Hney minta maaf syg andai hney ade membuat perkara yg mengguris dan menyakiti hati syg..maafkan hney.. Semoga Aidilfitri ini membawa seribu keberkatan dariNya untuk kita. I luv u so much!

Ya ALLAH, di akhir ramadan yg barkah ini, muliakan dan sayangi saudara-saudaraku ini. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya, kuatkan imannya. Beri kenikmatan ibadah padanya, jauhkannya dari fitnah, suburkan benih KEISLAMAN pada keturunannya dan masukkan dia dlm syurgaMU tanpa hisab.
Amin Ya ALLAH....



::SELAMAT HARI RAYA::
~MAAF ZAHIR DAN BATIN~


  

Ikhlas,

Thursday, September 02, 2010

.::10 weeks of pregnancy::.

Alhamdulillah...baby in my tummy is already 10 weeks. Kira ini 1st time gi antenatal checkup di Pusrawi. Cadang dgn hubby nak dtg awal supaya xlama menunggu. Jadinya kami sampai di Pusrawi kul 9am & dpt no 10. Kene la tunggu...

Sblm buat checkup, kene timbang berat dan check urine. Then tunggu sampai dipanggil di ruang menunggu. Tp tempat menunggu dia mmg sejuk..xtau la bape kuat aircond dia pasang. Yang menjadi hairannya, org lain xde lak nampak sejuk mcm aku ni. Pelik gak diorg ni xde rasa sejuk ke..Rilek jerk. Da la masa tu segala sweater & stokin semua tertinggal kat umah. Terpaksa la menahan...

Sementara menunggu layan la TV9 kat situ. Ade cite ceplos. Ceplos pun ceplos la.. Sorang demi sorang masuk. Stiap sorang lama lak tu. Yela..nak buat checkup kan..bkn nak beli barang.. Ajarlah diri ini bersabar. Ramai gak patient doc ni. Mayb mmg bgs la kot doc ni. Direkemen oleh member hubby.

Tiba kat no 7, nurse panggil sorang2. Katanye, doc ade emergency, ade patient nak deliver. Pulak... aku tny nurse tu bpe lama selalunya kalo kes mcmni?.. katanya, kalo xde masalah dlm setengah jam doc turun la.. Itu kalo xde masalah.. So, aku ape lagi. Ajak hubby blk jap la.. Lepak2 kat umah, dr dok menahan sejuk kat situ.

So, kitorg bergerak blk. Siap pesan kat nurse tu kalo doc da turun call me ya.. Sempat lg kitorg gi cuci kete. Abis je cuci kete, nurse tu call kate doc xleh turun sbb patient ade masalah. So, nak xnak aku kene gi Hospital gak amik buku rekod & tukar date. Agak dlm 10min lg nak sampai, nurse tu call blk kate doc da turun. Then okla xyah tuka date. Settle hari tu gak. Sebenanya xsaba nak tgk baby kat dlm ni. Ok ker..sihat ker..Harap mcmtu la.

Sampai je aku terus jumpe doc. Patut la ramai yg buat appointment ngan doc ni. Ok gak la dia ni. Aku pun suke layanan dia. Tgk aje la bil dia...hihi.Rahsia k.. Dlm blk tu doc tanye, bila last period & ikut kiraan dia EDD aku 29 March 2011. Then buat ultrasound. Ini yg paling xsabar + berdebar2. Doc mulakan scan dgn letak gel atas perut lpstu scan. Nampak la kantung & baby kat dlm. So cute and doc kate sihat. Alhamdulillah... Bila dgr heartbeat dia, aku rasa lega berbaur syukur ke hadrat Allah yg mengurniakan zuriat buat kami. Thank you Allah.. Mudah2an segalanya akan baik2 shj utk nx check up nanti. Amin....


Alhamdulillah...nampak riang di wajah hubby lepas buat checkup. I luv u dear..! Mudah2an Allah berkati kita dan baby dalam perut ni. Amin...