~CINTA KITA~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

~RAIHAN HANNANI~

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

~RAISHA HASNA~

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, April 18, 2013

.::Kelahiran puteri kedua::.


Salam semua rakan blog. Lama btul sy x ke udara. Wahh…mcm DJ radio lak.hehe..

Dah 2 bln x hapdet blog ni konpem dah bersarang. Labah2 pun blh beranak pinak kat situ. Adoiyai..
Bermakna byk kisah2 suka & duka ketinggalan ni. Kita hapdet kisah suka la. Yg paling terlintas di pikiran ni pengalaman bersalinkan anak kedua la. Jom kita mula..


27 Jan 2013
Checkup kat Al-Islam Specialist Centre. Dah 38w ofkos la doc nak check bwh. Masa tu berat baby da 3.2kg. Wahh..blh tahan gak anak ummi ni ye. Mmg x sangka dah bukak 1.5cm. Pelik jgk sbb xde turun tanda. Tp mmg selalu rase baby asyik mengeras je. Doc pun suh rehat memandangkan esoknya cuti umum sempena thaipusam, so doc xdela nak bg MC.

28 Jan 2013
Kitorang anak beranak gi jln2 kat the curve blh???..hihihh. Tp jln slow2 la kan.. mase masuk toilet check jgk kot2 ade turun tanda, tp alhamdulillah xde ape yg mencemaskan. Blk rumah da rase lega sbb sempat gi jenjln walaupun da buka 1.5cm. ngeeee……

29 Jan 2013
8am
Pagi2 gi hantar Raihan kat babysitter. Sedih lak tgk dia sbb dok pkir kalo beranak arini, Raihan da officially jadi kakak. Tak dapat bayangkan time tu. Terus ke Al-Islam Hospital jumpe doc. Mcm biase doc scan baby time tu 3.4kg pulak. Tp doc estimate dlm 3.2kg. Then tiba masa yg menggerunkan doc check bukaan kat bwh. Doc ckp dah bukak lagi. Now dah 3.5cm. Kena warded. Huhuhu..x dpt bayangkan camne kena tunggu full dilated dlm ward. Sbb mase raihan dulu kitorg x masuk ward pon. Sempat blk umah sediakan apa yg patut.

11am
Warded. Tido, baring, tido, baring. Tunggu jugak kot2 ade contraction mcm time raihan dulu. Tp xde.. Sakit pun ala2 manja2 gitu mcm sakit period pain. Kdg2 baby mengeras. Dah rasa boring kalau2 kena bermalam dlm ward.

4pm
Doc dtg nak check bwh. Dlm hati sure xde bukaan sbb xde sakit. Tp bila check ade jgk walaupun sikit. Dah bukak 4cm. Terus kena tolak ke labour room (LR).

4.20pm
Doc pecahkan ketuban. Dlm hati aku kena ready dr segi mental & fizikal. Sbb lepas pecah ketuban contraction yg dtg akan rasa tersgt4 sakit. Berdoa moga diberikan kekuatan untuk menahan kesakitan yg mendatang. Mulut x henti2 berzikir. Then contraction kerap jgk dtg. Setiap kali contraction aku genggam tgn hubby kuat. Dan Alhamdulillah Ya Allah lepas setengah jam dah full dilated. Aku berdoa moga diberi kekuatan untuk meneran. Dan Syukur ke hadrat Illahi. Lahirnya puteri kedua kami yg comel seberat 3.21kg. Alhamdulillah Ya Allah…




 RAISHA HASNA BINTI MOHD FADZLI HADI
29 JANUARI 2013 / 17 RABIULAWAL 1434H
3.21 KG / 4.56PM


Semoga menjadi anak yang solehah, penyejuk mata ummi & walid.Amiin...