Salam semua rakan blog. Lama btul sy x ke udara. Wahh…mcm DJ
radio lak.hehe..
Dah 2 bln x hapdet blog ni konpem dah bersarang. Labah2 pun
blh beranak pinak kat situ. Adoiyai..
Bermakna byk kisah2 suka & duka ketinggalan ni. Kita
hapdet kisah suka la. Yg paling terlintas di pikiran ni pengalaman bersalinkan
anak kedua la. Jom kita mula..
27 Jan 2013
Checkup kat Al-Islam Specialist Centre. Dah 38w ofkos la doc
nak check bwh. Masa tu berat baby da 3.2kg. Wahh..blh tahan gak anak ummi ni
ye. Mmg x sangka dah bukak 1.5cm. Pelik jgk sbb xde turun tanda. Tp mmg selalu
rase baby asyik mengeras je. Doc pun suh rehat memandangkan esoknya cuti umum
sempena thaipusam, so doc xdela nak bg MC.
28 Jan 2013
Kitorang anak beranak gi jln2 kat the curve blh???..hihihh.
Tp jln slow2 la kan.. mase masuk toilet check jgk kot2 ade turun tanda, tp
alhamdulillah xde ape yg mencemaskan. Blk rumah da rase lega sbb sempat gi
jenjln walaupun da buka 1.5cm. ngeeee……
29 Jan 2013
8am
Pagi2 gi hantar Raihan kat babysitter. Sedih lak tgk dia sbb
dok pkir kalo beranak arini, Raihan da officially jadi kakak. Tak dapat
bayangkan time tu. Terus ke Al-Islam Hospital jumpe doc. Mcm biase doc scan
baby time tu 3.4kg pulak. Tp doc estimate dlm 3.2kg. Then tiba masa yg
menggerunkan doc check bukaan kat bwh. Doc ckp dah bukak lagi. Now dah 3.5cm.
Kena warded. Huhuhu..x dpt bayangkan camne kena tunggu full dilated dlm ward.
Sbb mase raihan dulu kitorg x masuk ward pon. Sempat blk umah sediakan apa yg
patut.
11am
Warded. Tido, baring, tido, baring. Tunggu jugak kot2 ade
contraction mcm time raihan dulu. Tp xde.. Sakit pun ala2 manja2 gitu mcm sakit
period pain. Kdg2 baby mengeras. Dah rasa boring kalau2 kena bermalam dlm ward.
4pm
Doc dtg nak check bwh. Dlm hati sure xde bukaan sbb xde
sakit. Tp bila check ade jgk walaupun sikit. Dah bukak 4cm. Terus kena tolak ke
labour room (LR).
4.20pm
Doc pecahkan ketuban. Dlm hati aku kena ready dr segi
mental & fizikal. Sbb lepas pecah ketuban contraction yg dtg akan rasa
tersgt4 sakit. Berdoa moga diberikan kekuatan untuk menahan kesakitan yg
mendatang. Mulut x henti2 berzikir. Then contraction kerap jgk dtg. Setiap kali
contraction aku genggam tgn hubby kuat. Dan Alhamdulillah Ya Allah lepas
setengah jam dah full dilated. Aku berdoa moga diberi kekuatan untuk meneran.
Dan Syukur ke hadrat Illahi. Lahirnya puteri kedua kami yg comel seberat
3.21kg. Alhamdulillah Ya Allah…
RAISHA HASNA BINTI MOHD FADZLI HADI
29 JANUARI 2013 / 17 RABIULAWAL 1434H
3.21 KG / 4.56PM
Semoga menjadi anak yang solehah, penyejuk mata ummi & walid.Amiin...