Sepatutnya appointment ini pada 14/10/10, tp disebabkan tersilap tgk date, jadinya ia ditukar ke tarikh 18/10/10 (isnin). Apa la ibu mengandung ni. Ingatkan hari Jumaat, xperasan lak date dia 14 Oct.
Jadinye Isnin tu ibu mengandung ni pegi la klinik tu seorang diri. Kene timbang & kene check air kencing. Air kencing ok cuma berat naik 3kg dalam masa sebulan. Pelik jugak. Rasanya xde la mkn byk pun. Maybe mkn nasi di malam hari.. Huh! tobat rasanya. Nurse pun da pesan sblm ni jgn ambil nasi selepas kul 8pm, tp tidak diendahkan oleh ibu mengandung ini.
Kemudian kene amik darah & hantar ke lab. Dpt result then bg nurse pastu tunggu turn utk check up baby dlm perut. Masa ni menunggu tu punyala azabnya. Ada sejam jgak menuggunya. Bila da masuk bilik, nurse check ukuran ketinggian rahim, heart beat baby, check kaki ade bengkak atau tak. Pastu dia bg nasihat suh jaga mkn. Jgn amik makanan berlemak. Then, end of the session. Bkn lama pun nak check up. Tp menunggunya punya la lama.
Tp alhamdulillah semuanya ok, kecuali berat yg naik mendadak. Kene control mkn la pas ni. Control dr memakan makanan berlemak & fast food. Itu lebih baik dan menyihatkan...